Bonjour ♥
Assalamualaikum ;)
Dear Sweet Stalker ,
*Gambar pada waktu 2014*
Hi korang! As requested, ramai sangat yang nak tau macam mana fazz boleg ambek campaign dari brand-brand, dapat barang free dari brand, create video yang kadang-kadang macam pelik pon ade, pergi event and macam macam la. Dekat sini fazz akan ceritakan semuanya dekat korang semua.
Firstly, fazz bermula daripada blogging. Fazz mula blogging pada tahun 2010. My first blog is this : https://chintakamoo.blogspot.com/ . Fazz post mula mula pasal cintan cintun, pasal life fazz, kawan, boyfriend putus cinta segala, family and macam macam la. Basically pasal peribadi fazz la. Then fazz dapat satu idea. Which is cari duit dekat menggunakan blog. Tahun 2011, fazz belajar dari blog lain. Buat kajian macam-macam la. First move fazz adalah fazz buat doodle dekat photoshop and share dekat blog fazz. Lepastu fazz belajar codding. Ni memang fazz belajar sendiri dari A-Z.
Lepastu fazz buat tutorial untuk ajar blogger-blogger yang baru nak berjinak dalam dunia blogger. Banyak sangat tutorial yang fazz buat. Korang boleh usya sini : https://chintakamoo.blogspot.com/p/tutorials-here.html . Lepas fazz ajar orang buat blog template, share doodle, fazz pon mula bisnes fazz. Ye fazz ambil masa sikit baru start bisnes. Sebab fazz nak make sure fazz betul-betul mahir dulu baru fazz berani nak ambil order ntuk buat dekat orang lain. Pada masa tu fazz bisnes dengan cara fazz buat blog orang, fazz buat template untuk orang, buat header semua la. Bayaran yang fazz terima adalah secara top-up. Kenapa top-up ? Jawapannya senang, sebab masa tu saya masih sekolah. Pakai fon tapi top-up limited. Kene mintak dengan mak dan ayah. Kadang tu mintak tak dapat. Sebab tu la fazz buat bisnes ni dan mintak bayaran top-up. Alhamdulillah top-up fazz waktu tu sentiasa ade.
Next fazz dapat tahu ade satu company ni untuk blogger community. Fazz jumpe dekat satu blog ni sebab dea cakap dea jana duit dekat company ni. Caranya mudah, share link dekat blog. Bila ade orang tekan link tu, kita akan dapat duit. Company tu adalah NUFFNANG. Tapi waktu tu fazz tak berapa aktif sangat macam sekarang. But hasil tu ade la dari takde. Then time SPM fazz stop. Ouh ya waktu tu takde event, takde barang free lagi. Cuma link tekan link dapat duit tu je.
Pada tahun 2013 fazz buat blog baru which is this blog. Niat fazz sebab fazz nak asingkan peribadi blog dengan blog tutorial semua tu. Lepastu tahun 2017 ade bende buruk jadi. Iaitu fazz terdelete segala icon, gambar, header semua bende yang ade dekat blog lama tu dari google fazz. Ya allah since tu mmg blog lama fazz error terus. Ye, sebab tu la kalau korang tengok blog lama tu memang bersepah. Gambar takde semua la takde. Sebab tu 2017 fazz memang official pindah dari blog lama ke blog baru ni.
Hujung tahun 2017, alhamdulillah fazz dapat offer pergi event. My first event is Pizza Hut. Pihak Pizza Hut sendiri email fazz dari blog fazz. Since tu fazz dapat offer pergi event lagi dan lagi. Waktu tu takde bayaran lagi yang fazz dapat. Fazz cuma dapat goodies bag and voucher. Cthnya event pizza hut, fazz dapat goodies bag. Dalam tu ade mcm-mcm la. Then dapat voucher makan free dekat Pizza Hut. My second event is Giamax punya event collaborate with movie The Emoji. Third is Revlon punya event and keep on coming la. Alhamdulillah.
Next, fazz dicontact oleh seorang pekerja dari company Nuffnang. Dea offer banyak sangat campaign. Ha time ni la fazz dapat job yang berbayar. Ya allah fazz bersyukur sangat waktu ni. Satu satu job fazz dapat. Waktu ni my main platform is Instagram. Ada setengah di blog dan setengah di Instagram. Ada juga brand yang request posting di Instagram dan juga blog. Okay la korang macam panjang sangat pulak posting kalini. Fazz akan stop dekat sini dahulu. Next posting fazz akan share pengalaman fazz dengan next marketing company/ agency pula. Stay tuned tau.
lots of love ♥
FAEZNUR FATIHAH