Bonjour ♥
Assalamualaikum ;)
Dear Sweet Stalker ,Bismillahirrahim .
Fazz taktau nak mulakan dari mana dahulu . Pada tarikh 14 June 2015, hari ahad , Dalam pukul 7.05 pagi ws masuk . ws dari group family . semua tengah kelam kabut cakap pasal pegi hospital la apela , na tengok ayah la apela . fazz tak nak berfikir yang bukan bukan tapi hati rasa macam tidak sedap je . fazz tanya banyak kali tapi takde sape jawab . lame jugak fazz tunggu someone reply . fazz tanya banyak kali ayah kenape, ayah kat mana, ayah dengan sape but no one answer my question. dah lame gak la tunggu then along balas ayah masuk hospital sungai buloh sebab pengsan . ayah naik ambulance dari rumah dengan mak, iwan and adek . along kata ayah kritikal . ayah tak sedar diri . ayah berdarah darah banyak . fazz serius time tu rase tak sedap hati . then tetibe pak cik call . the way he talk dea mcm nak suruh fazz bertenang and bukak ws family satu lagi . group ws dengan sedara mara semua . fazz scroll balik semua , dalam pukol 7:54 pagi angah kata ayah dah takde . ya allah ya tuhanku waktu tu fazz tak percaya langsung . ayah dah janji nak tunggu kak cik balik . ayah takkan tinggalkan kak cik . ayah da janji macam macam untuk kak cik . time tu mmg fazz dah tak sedar diri . meraung macam orang gile .
can u imagine ? hilang orang yang kita paling sayang . tengok ayah berbalut kain putih . tengok ayah dalam keranda , tengok ayah masuk liang lahad . tengok ayah ditanam . tengok ayah dalam tu ,. muke ayah pucat . ayah sejuk sangat . time kak cik cium ayah buat kali terakhir . mulut ayah still ada darah tapi bau ayah wangi . kak cik rasa sakit sangat tengok ayah macam tu . kak cik nak ayah . kenape ayah pergi ? kak cik sekarang dah hilang tempat bergantung . kak cik dah hilang seorang raja , seorang hero dalam hidup kak cik . ayah tau tak , kak cik rindu ayah sangat sangat . kalau kat rumah , setiap malam ayah mesti tidur lambat . ayah rajin . before ayah tidur ayah akan kemas rumah . basuh pinggan semua, basuh baju and so on . along kata time ayah pegi tu ayah sempat basuh baju tapi tak sempat sidai .
ayah ingat tak kalau dulu kak cik selalu berebut remote tv dengan ayah . pergh lebih lagi time ada badminton . ayah memang minat gile badminton . remote tv tu dah pernah singgah merata tempat . semata mata nak sorok tak nak kene tukar saluran tv punya pasal . ayah seorang yang sangat sangat pandai masak . masakan ayah sentiasa menepati selera kitorang satu family . ayah jugak kira macam pak lawak . ayah penyeri keluarga . ouh em kalau kak cik sakit . tak payah mintak . bangun je tidur ayah dah belikan my fav food . kuey teow tom yam . kak cik kira macam anak manja ayah gak la . sikit sikit nak ayah . kalau gaduh dengan mak . my first thing cari ayah . and haa ayah back up . but how now ? sape nak lindung kak cik ? ayah dah takde . ayah pergi dengan cara mengejut .
mak kata beberapa minggu ayah pergi ayah layan mak special sangat sangat . ayah layan mak macam baru lepas kahwin . ayah pergi and balik keje mesti tunggu mak . keluar makan berdua dengan mak . cakap sweet sweet je . pastu ayah gy keje pon happy je . ayah gy badminton pon happy je . kawan kawan ayah yang bagitau . jumaat tu ayah main badminton happy je . takde siapa jangka ayah akan pergi . ayah ingat tak time ayah hantar kak cik pegi stesen bas . time tu kak cik dengan ayah . ayah tetibe peluk and cium kak cik . i never expected that was my last kiss and my last hug . and and ayah ingat tak kak cik balik damansara haritu turun sungai buloh then ayah bawak balik achik naik motor then lalu short-cut jalan belakang tu . ayah kata nnti setiap kali kak cik balik kita beradvanture kat situ eh . turun bukit kcik . jalan atas jalan tak rata . dalam hutan .ekstrem sangat .
ayah ayah , haritu mak dengan along kemas barang ayah . barang barang ayah yang kat office ayah tu yang ayah tak pernah bawak balik . kak cik terkejut sangat bile jumpe surat beranak and gamba kak cik . siap laminate lagi . kenap ayah buat mcm tu ? mak kata untung kak cik anak ayah . special sangat sampai macam tu ayah buat . tapi kalau ayah sayang kak cik , kenapa ayah tiggalkan kak cik ? untung kakak dengan angah sebab ayah sempat jadi wali dorang . kak cik nanti ? sape na jadi wali ? kak cik nak ayah . kak cik tak nak orang lain . kak cik nak ayah je . ayah ingat tak time kak cik main hoki . ayah yang banyak bagi support untuk achik main hoki . even mak tak bagi but ayah tolong achik .
ayah, achik na minta maaf tau . achik ambek baju ayah . achik bawak balik kedah . haritu kak cik balik kedah kak cik pakai sweater ayah yang ayah suka pakai tu . ada bau ayah . kak cik suka sangat . kain pelekat ayah pon kak cik ambik . ayah tak kisah kan ? ha ayah ingat tak time tu kita berdue je kat rumah then kak cik tengah kemas bilik time tu then kak cik pasang la lagu fall for you kuat kuat . lagu fav kak cik tu . then tetibe ayah masok bilik mengejut . ceith muke bengis wuu . muka macam nak marah kak cik . time tu cuak gak ah . ayah macam nak marah je . then ayah keluarkan fon . haih tetibe ayah kata "nak bluetooth" pastu senyum . lol ayah buat orang cuak je . and ayah tau tak now lagu tu kak cik dengar lagu tu achik teringat ayah je . kak cik rindu nak dengar suara ayah . kak cik rindu nak bau ayah . kak cik rindu nak tengok muka ayah .
kak cik cube jadi kuat . kak cik cube move on . tapi tak boleh . kak cik rindu ayah sangat sangat . ayah kuat . kenape ayah boleh tetibe pergi ? ayah ta rindu kak cik ke ? anak ayah yang manja ni ? anak ayah yang suke gigit ayah . yang suka tarik ayah ajak pegi kedai semata mata nak beli ais krim . dir kecik sampai sekarang umo da 19 pon still manja dengan ayah . anak ayah yang suke nak sondol sondol ayah . anak ayah yang degil ni . anak ayah yang gile gak ah sikit . anak nombo 4 dari 6 adek beradik tapi gaya macam anak tunggal . gedik lebih . ayah ta rindu ke ? kak cik terkilan sangat sebab kak cik tak sempat jumpa ayah buat kali terakhir . kak cik jumpe last time tu 2 june pagi . time tu before ayah nak gy keje . ayah kejut achik sbb nak salam . and ayah kata nnti balik elok elok, study elok elok, always remember selagi ada nafas, kejar ilmu . banggakan mak and ape lagi tah ayah kata achik ta ingat .
em em ayah ayah ingat tak time kitorang semua sambut birthday ayah haritu ? kitorang sambut awal sbb nak kumpul semua and buat party untuk ayah . time tu ayah nampak happy sangat sangat . suke sangat tengok ayah macam tu . em ayah , nak tau tak ? kak cik pakai cincin yang ayah bagi mak tu . mak kata ni macam kenangan dan hadiah dari ayah . kak cik janji akan jaga barang barang ayah semua dengan elok . ayah , kak cik harap sangat ni semua mimpi . kak cik tak nak ayah pergi . kak cik perlukan ayah . kak cik dah takde tempat nak bermanja . ayah tak kesian ke kat mak ? kat along ? ha anas dengan ammar ? anas haritu sampai mengigau nangis nangis nak kat ayah . ayah tak kesian ke kat angah dengan akak ? kan angah dengan akak tengah mengandung sekarang . ayah tak kesian kat iwan ? kat adek ? dorang still sekolah . dorang perlukan ayah . haritu mak kata " kesian anak anak aku dah jadi anak yatim " ayah , ayah tu seksa sangat bagi kak cik . kak cik tak tau sampai bile tapi kak cik masih tak boleh terima hakikat yang ayah dah takda . kak cik sayang ayah sangat sangat . sangat sangat sangat .
satu-satunya yang terpenting telah pergi dan tidak akan kembali . semua ini tidak mudah untuk kitorang . selalu ayah balik keje ayah duduk kat hujung meja kat tepi tingkap , hisap rokok kat situ . ayah rehat kat situ . ayah makan kat situ . ayah main game candy crush kat situ . tempat tu . ya allah seksa sangat sangat . rindu sangat sangat . i will never ever forget about u ayah . ayah aways my only father . ayah always my one and only . ayah my everything . ayah my spirit . its hard for me untuk bangun balik . but achik akan cuba untuk mak . demi mak . kak cik minta maaf . kak cik bukan nak merintih pemergian ayah tapi kak cik masih tidak dapat terima kenyataan . kak cik takkan pernah dapat terima kenyataan . raya tahun ni seksa sangat bagi kitorang semua . sunyi . tanpa ayah . bahagia ? ceria ? entah . macam susah . macam dah hilang semua tu . pergi bersama ayah . wish u come back . wish all of this just a dream but i am wrong . ayah pergi dan takkan kembali . always missing u . always . forever . until my last breath .
AL-FATIHAH
0 comments:
Post a Comment