Friday, December 10, 2021

Top Sumbang Pek Prihatin ?

Bonjour 
     Assalamualaikum ;)

Dear Sweet Stalker ,  





TOP Sumbang Pek Prihatin Untuk Menaikkan Semangat Petugas Kesihatan Barisan Hadapan dan Menggalakkan Vaksinasi Remaja  


Kuala Lumpur, 20 Oktober, 2021– Malaysia kini berada pada fasa pemulihan dengan kadar vaksinasi dewasa melebihi 90% dan jangkitan baharu semakin berkurangan. Manakala golongan remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun kini sedang menerima vaksin. Sektor perniagaan, sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi juga akan mula dibuka semula. Di samping itu, pengembaraan domestik  semakin rancak dengan lebih banyak destinasi percutian dibuka kepada orang ramai. Harapan untuk pulih tidak pernah pudar; namun masih banyak yang perlu dilakukan oleh petugas barisan hadapan Covid-19 Kementerian Kesihatan sungguhpun berhadapan dengan risiko jangkitan. 

TOP berhasrat untuk mewujudkan satu kitaran murni untuk menaikkan semangat dan memberi sokongan kepada semua yang terlibat dalam usaha-usaha menentang penularan Covid-19, khususnya kepada petugas barisan hadapan KKM yang merawat pesakit, pemvaksin dan kakitangan NGO, pada masa sama turut memberi motivasi kepada masyarakat umum untuk mendaftar dan menerima vaksin.


Sehubungan itu, TOP telah menyumbang sebanyak 17,000 pek prihatin bahan pencuci pakaian Advanced Micro-Clean Tech kepada petugas barisan hadapan KKM yang merawat pesakit COVID-19, pemvaksin di 17 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) dan kakitangan di enam Anjung Singgah iaitu pusat intervensi sosial untuk gelandangan.
Kira-kira 96,000 pek bahan pencuci pakaian TOP telah dan akan disumbangkan kepada individu yang telah divaksin, termasuk 6,000 pek yang diperuntukkan kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang akan menerima dos pertama vaksin dengan nilai keseluruhan sumbangan melebihi RM424,000. 


“Kejayaan vaksinasi, khasnya di Lembah Klang, telah memperlihatkan penyusutan kadar pesakit kritikal di hospital, mengurangkan tekanan kepada petugas kesihatan. Kita perlu membentuk tabiat dan amalan-amalan yang bertanggungjawab untuk hidup bersama virus Covid-19. Jadikan prosedur operasi standard (SOP) sebagai sebahagian daripada gaya hidup anda bagi melindungi komuniti sekeliling dan memberikan kelapangan kepada petugas barisan hadapan setelah penat berjuang dari segi fizikal, mental dan emosi selama 19 bulan. Saya menyeru orang ramai untuk melakukan ujian COVID-19 kendiri dengan lebih kerap terutamanya jika anda sering beriteraksi dengan orang ramai secara fizikal. Kami amat berbesar hati menerima sumbangan daripada Southern Lion dan TOP yang dilihat bertepatan pada masanya ini,” kata Menteri Kesihatan, Khairy.  TOP, jenama pencuci pakaian No 1 di Malaysia, dikilangkan oleh Southern Lion Sdn Bhd bagi pihak Lion Corporation of Japan. 


Pengarah Urusan Southern Lion Sdn Bhd, Kazuo Mabuchi berkata, “Kami menghargai segala pengorbanan dan keberanian yang ditunjukkan oleh petugas-petugas barisan hadapan, dan ingin menyampaikan rasa penghargaan tersebut menerusi hadiah berfungsi ini kerana TOP prihatin kepada anda. Pek prihatin bahan pencuci pakaian anti-virus TOP Advanced Micro-Clean Tech boleh bertahan selama lebih sebulan bagi sebuah keluarga dengan empat orang isi rumah. Kami telah bekerjasama dengan KPJ Healthcare untuk mengagihkan serbuk bahan pencuci TOP kepada individu yang telah divaksinasi. Ini merupakan cara yang positif untuk menghargai mereka yang mengambil langkah bertanggungjawab bagi melindungi diri dan semua. Kami juga akan menjalin usaha sama dengan JKJAV untuk menghargai remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang menerima vaksin mereka. Ini merupakan satu langkah yang besar bagi kami, namun syarikat kami percaya ia mampu membantu mereka yang menerimanya.”



“Kami sedang bekerjasama dengan KPJ Healthcare dalam menyumbang serbuk pencuci TOP kepada individu yang hadir bagi mendapatkan vaksin mereka. Ia merupakan cara positif dalam menghargai mereka yang mengambil langkah untuk melindungi diri dan juga orang lain. Usaha ini merupakan satu inisiatif besar kepada kami, namun syarikat percaya bahawa ia amat bermanfaat,” jelas En Mabuchi dari Southern Lion.



Kakitangan di enam pusat transit bagi orang gelandangan, Anjung Singgah, di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Sarawak juga merupakan golongan yang berisiko yang terdedah dengan virus COVID-19 kerana mereka juga merupakan barisan hadapan yang menyediakan khidmat kepada pelbagai golongan yang memerlukan.



“Kakitangan di pusat kami sentiasa berhubungan dengan mereka yang didapati positif COVID-19. Malah ada di antara mereka mengenali individu yang telah tewas melawan penyakit ini. Kami berdepan dengan risiko setiap hari, dan hanya dilindungi menerusi vaksin dan kepatuhan ketat SOP yang telah ditetapkan. Namun, kami tidak berhenti berkhidmat. Kami berasa amat gembira kerana TOP melihat, mengiktiraf serta menghargai usaha kami. Keberkesanan pencuci TOP menyingkirkan 99.9% virus, yang turut merangkumi virus COVID-19 dan Influenza A, adalah amat penting buat kami,” kata En Amir Rudin Abdul Rahman, Pegawai Operasi, Anjung Singgah, Yayasan Kebajikan Negara. 


Mabuchi menambah, “Kami berbangga kerana diberi peluang untuk memperkasakan rakyat Malaysia daripada peringkat komuniti untuk lebih peka dan prihatin menerusi inovasi TOP. Setiap kita memainkan peranan penting untuk mengambil langkah bagi mengekang penularan Covid-19 termasuk mendapatkan vaksinasi dan dos penggalak, memakai pelitup muka, menyahkumah tangan dan mencuci pakaian menggunakan bahan pencuci yang terbukti menyingkirkan virus Covid-19. Dalam semangat #KitaJagaKita, kami bersama-sama anda dalam mendepani keadaan semasa yang mencabar.”


TOP telah memperkenalkan Bebas Melangkah sebuah video muzik penghargaan yang menyerlahkan peranan dan sumbangan barisan hadapan, kakitangan pemvaksinan dan individu yang memilih untuk mendapatkan vaksin agar mereka kekal teguh dalam mendepani COVID-19 dan sentiasa positif dalam sama-sama berusaha mengatasi pandemik ini.


Lagu Ini  telah ditulis dan digubah oleh Amy Bong, dan dinyanyikan oleh Amira Othman dan Irfan Harris. Tontoni video muzik tersebut di  YouTube (https://youtu.be/eJG6oZZVk5c dan kongsikan sebagai tanda sokongan anda kepada petugas barisan hadapan kita. 



                                                     lots of love 

FAEZNUR FATIHAH

Saturday, May 22, 2021

Review // Sudio Nio

Bonjour 
     Assalamualaikum ;)

Dear Sweet Stalker , 


Guys ! Fazz ade promo code from Sudio yang fazz nak share dengan korang . But before that, hehe fazz nak share something dulu kat korang !

    On January, Sudio just launched their latest product called Sudio Nio and they have received very positive feedback from their customers . This Sudio Nio are earphones for the people. It is very versatile and have reliable performance with IPX4 rated ingress protection, meaning rain will never ruin your listening parade whether you're in the gym or caught in the rain. Yeap ! omg I really love this . Sometimes other earphones really make me mad when it comes to rain, it disturb my moment .

    Besides that, it also have adaptive dual-microphone technology that filters out unwanted background noise while you're on a call or while 4 wing sizes allow you to find your own comfortable soundscape. So guys, dont worry if you have zoom meeting or google meet meeting . Cause with this Sudio Nio, you guys can have the clearest voice !




    On 10th May, Sudio finally launched their Sudio Nio Case ! yeayyyyyyyy !! This Sudio Nio Case has been designed with sustainable, plant-based materials . We use apple skin leather which creates a beautifully textured protective covering that's better for the Earth . The vegan leather around the Sudio Nio case is created from apple peels from an orchard in Northen Italy . The process of turning discarded apple peels into plant-based, cruelty-free leather createds a beautiful, hypoallergenic and biodegradable materials that fit your style . For your information, this Sudio Nio Case price are MYR 119 but ! hehe this is the best part ! It will be FREE from 10 May - 6 June 2021 with any purchase of NIO ! How to get that ? Hah read below...

    PROMO TIME for all my lovely readers : Get 15% discount for Sudio NIO with my discount code SFFAZZ , FREE vegan friendly NIO Case for NIO purchase from 10 May - 6 June (or until the stock has finished). FREE delivery within Malaysia and Worldwide + 3 years warranty with Sudio Sphere.

    So guys ? What are you waiting for ? Grab it now cause it's very limited . I've got mine, dont forget to get yours okay ;) For more info can checkout : https://www.sudio.com/my/ or their instagram : https://instagram.com/sudio?utm_medium=copy_link ✨

lots of love 

FAEZNUR FATIHAH